Facts


Related image



1. KELUASAN NEGERI PERAK

Negeri Perak Darul Ridzuan adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km2 selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi 6.4% keluasan Malaysia dan merupakan negeri keempat paling terbesar di Malaysia!  Negeri Perak mempunyai 11 buah daerah iaitu Kinta, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Kerian, Padang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar, Bagan Datuk dan Mallim. Ibu kotanya adalah Ipoh.

Image result for keluasan perak


2. RAFFLESIA

Negeri Perak Darul Ridzuan juaga pernah menemukan beberapa rafflesia yang mana kebiasaannya hanya ditemukan di Pahang dang Malaysia Timur. Salah satunya diberi nama Rafflesia Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Di hutan Royal Belum juga pernah ditemukan rafflesia 10 kelopak yang pertama di dunia.

Image result for rafflesia perak hd


3. DURIAN

Negeri Perak juga adlah negeri yang menjadi syurga kepada penggemar durian memandangkan durian antara tanaman terbesardi Perak dan menempatkan baka-baka durian kampung terbaik. Jika Perak adalah sebuah negara, mungkin durian adalah eksport terbesarnya. 

Image result for durian perak hd



4. SUNGAI PERAK

Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang dengan panjangnya 400km, mengalir melalui hampir kesemua daerah di Perak dari Hulu Perak ke Hilir Perak. Sungai ini memainkan peranan peting suatu ketika dahulu kerana menjadi laluan Sultan dari Kuala Kangsar ke Indonesia dan cawangannya sangat kaya dengan biji timah. Nama Perak juga diperoleh dari sungai ini yang warna airnya putih perak pada suatu dahulu. 

Image result for sungai perak hd



5. KERIS TAMING SARI

Ramai yang menyangka dan juga tidak tahu bahawa Keris Taming Sari sudah tiada dan hanya tinggal sejarah atau sekadar cerita dongeng sahaja. Anda salah kerana ianya sekarang berada di bawah kawalan kerajaan Perak. Bagaimana keris dari Melaka ini boleh berada di Perak? Ini adalah kerana keturunan diraja Perak berasal dari keturunan Sultan Muzaffar yang dihantar untuk memerintah Perak . Dengan erti kata lain, kerabat dirja Perak mempunyai susur galur yang sama dengan kerabat Kesultanan Melaka. 

Image result for keris taming sari



6. BUKIT LARUT

Bukit Larut, Taiping adalah kawasan paling lembap di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun. Hujan turun disni hampir setiap petang dan dijadikan sebagai penanda samada Taiping akan hujan atau tidak. Awan aneh menyelubungi bukit ini hampir setiap masa dan iai juga mempengaruhi cuaca di Taiping. Jika anda berpeluang ke Taiping dan melalui jejambat yang melintasi rel keretapi pada waktu hujan, anda akan perasan pada tengah jambatan itu akan berlaku "pemisahan kawasan" yang mana sebelah kawasan hujan sementara sebelah lagi tidak.

Image result for bukit larut perak



7. TARIAN POCO-POCO

Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengharamkan tarian poco-poco. Ianya berdasarkan fatwa Mufti Perak sekitar bulan Mac 2011 yang mendakwa ianya membentuk simbol salib dan diamalkan di Jamaica. Maka, tiada tarian poco-poco di negeri Perak!


Image result for tarian poco poco


8. BAHASA

Perak adala satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai 5 dialek iaitu dialek utara bagi daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama, dialek kelantan bagi Hulu Perak, dialek Kepulauan Indonesia bagi Kinta dan kampar, dialek Lembangan Sungai Perak bagi Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah sementara dialek Selatan bagiu Batang Padang dan Hilir Perak. Jangan terkejut kalau dengar orang Perak cakap Dialek Utara atau Pantai Timur pula lepas ni sebab memang ada. 

No comments:

Post a Comment