Apabila kita cakap tentang makanan mesti semua lapar kann? Untuk pengetahuan anda! Orang selalu fikir ingat negeri lain je ada makanan special?? Perak pun ada tauu! Hehehe well I'm gonna tell you the most Wanted Food in Perak~ Here are the list :-
1. Nasi Ganja Ipoh/ Nasi Vanggey, Yong Suan

Salah satu destinasi nasi ganja yang popular di Ipoh ialah di Yong Suan yang terletak berhadapan dengan Hotel Bajet Memori Ipoh. Nama restorannya adalah cina tetapi pekerja yang menyediakannya adalah melayu dan india. So bagi kaum muslim jangan risau ya.
Setiap kali waktu lunch memang ramai orang tak kira bangsa yang datang untuk menikmati nasi ganja ini. bahkan sampai waktu kemuncak, ramai orang siap beratur sampai ke luar kedai tersebut. Restoran Yong Suan memang sudah bertapak lama di Ipoh, dan suasana sekeliling dengan binaan rekabentuk bangunan lama membuatkan kita kembali ke zaman 80-90-an.
2. Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Taiping

Mee udang ni buakan biasa-biasa tau kerana kuah dan kuantiti udang yang diletakkan dalam semangkuk hidangan semestinya berbaloi dengan harga, bak kata orang 'selak udang baru nampak meenya' begitulah perumpamaannya. Hehehe XD
3. Laksa Telur Goreng Bersarang, Kafe Setinggan, Ipoh

Nama diberi Kafe Setinggan, manakala hidangan istimewa di situ ialah Laksa Telur Gorang Bersarang. Kedua - dua nama itu sangat unik, sekali gus mampu menarik perhatian orang ramai bertandang ke Ipoh, semata - mata kerana semangkuk Laksa Sarang yang sangat enak!! Dalam kalangan pelanggan tetap, mereka lebih senang manamakan Laksa Telur Goreng Bersarang sebagai Laksa Sarang saja gara - gara rasanya yang `terlajak lazat`! Mungkin ramai beranggapan Laksa berkenaan ada kena mengena dengan sarang burung, sebaliknya ia hanyalah laksa biasa yang sering kita nikmati bersama telur rebus.
4. Mee Kicap Daud Mat Jasak

Sebut sahaja Mee Kicap Ipoh, pasti terbayang sepinggan Mee Kuning berkuah kicap dengan tauge, hirisan daun bawang, sos lada , dan taburan bawang goreng. Menjadi pelengkapnya ialah semangkuk sup berisi bebola dan filet ikan. Mee berkuah seprti ini sebenarnya ada di tempat lain cuma bezanya Mee Kicap di Bandaraya Ipoh , Perak memiliki keistimewaan tersendiri. Makanan masyarakat Cina ini telah diubah suai mengikut citarasa penggemar Melayu. Keenakan Mee Kicap terletak pada campuran Kuah Kicap dan Sup yang disediakan. Ada penggemarnya suka Mee Kicap cair tetapi ada juga gemarkan Kuah Kicap yang pekat. Semuanya bergantung kepada selera masing - masing.
5. Breakfast of Champion, Restoran New Hollywood

Tidak mudah untuk mencari makanan Cina yang halal di Ipoh, jadi jika anda berada di Ipoh, kunjungi Restoran New Hollywood untuk menikmati Breakfast of Champion. terdapat perlbagai hidangan halal yang menanti untuk dinikmati seperti chee choeng fun yang diisi samada udang mahupun ayam, char kuey teow, yong taw foo, mee kari hangat, roti telur yang dipanggang dan cakoi yang panas serta gebu dihidang kepada anda! Jangan lupa untuk memesan secawan kopi Hainanese tau! Ia dibuka pada 7.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja dan tutup pada setiap hari isnin.
6. Tau Fu Fah Drive Through, Funny Mountain Soya Bean, Ipoh

Jangan ketinggalan untuk makan Tau Fu Fah jika berada di Ipoh! Anda boleh 'parking' kereta anda di suatu tempat dan pergi menikmati hidangan pencuci mulut yang amat lembut dan manis ataupun memandu di kedai tersebut dan pekerja mereka akan mengambil pesanan anda. Makan semangkuk tau fu fah di dalam kereta dan jangan lupa untuk pulangkan semula mangkuk sebaik sahaja anda selesai atau 'take-away'. mereka juga menjual miniman kacang soya fresh, soya dengan cincau dan ia semestinya suatu kegembiraan terutama apabila cuaca panas terik!
dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga 6 petang.
7. Cendol Deen CT Corner, Ipoh

Tidak ada yang lebih menyegarkan kita selain ais cendol kan? Cuba anda bayangkan pada hari yang panas, dan Deen CT Corner menghidangkan cendol dengan keseimbangan rasa yang tepat. pencuci mulut ini amat terkenal di Malaysia rugi kalau tidak dirasai! anda boleh order dengan topping jagung manis, kacang lebih ataupun pulut didal cendol anda. Sedapnya!
Ia dibuka pada 10.30 pagi hingga 6.30 petang.
8. Dim Sum, Greentown Dim Sum Cafe

Bagi sesiapa yang 'craving' mahu makan dim sum yang halal, ada tau jangan risau. Kafe ini mempunyai sijil halal yang diiktiraf. Terdapat banyak menu yang boleh anda dapati di kafe ini seperti siew mai, dumpling udang atau ayam, pau ayam bbq, nasi goreng dan mee wantan serta makanan kegemaran Cina yang lain seperti Lor Mai Gai, dan Lor Bak Gou dalam menu mereka.
Ia dibuka pada 8.00 padi hingga 9.00 malam dan tutup pada setiap hari selasa.
9. Pizza Miker Food, Ipoh

Kalau waktu makan malam anda tidak tahu nak ke mana, kunjungi Miker Food restoran. Disini menghidangkan masakan Melayu dan juga masakan Barat. bagi sesiapa yang meminati tom yam, jom try Tom Yam Nyor yang kaya dengan makanan laut dan dihidangkan dalammbuah kelapa. Air kelapa itu sendiri digunakan membuat tom yam, memberikan keseimbangan antara manis dan pedas. anda juga jangan ketinggalan dengan pizza buatan tangan, oven batu! Lagi ori rasanya! Terasa macam di Italy haha aip jangn lupa anda di Ipoh sebenarnya. Wajib juga merasa Pizza Kampung yang di atasnya ada ikan bilis, cili padi, pepperoni dan juga bakso. Wow! Anda juga boleh cuba kombinasi yang lain yang pasti jangan ragu- ragu untuk datang!
Ia dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 ( breakfast and lunch), 6.00 petang hingga 11.30 malam (dinner time) dan Chik Pizza dibuka pada pukul 5.00 petang sehingga malam.
10. Roti Nan Cheese Leleh Naina

Restoran Di Naina ni ada banyak di Ipoh. Roti Naan ni rasa sama je macam kat tempat lain. Cuma dia bagi tebal sikit macam Roti Piza, pastu dia sumbat keju mozarella yang banyak kat dlam. Untuk topping pula, dia letak sos keju macam cheezy wedges kat KFC. Memang sama rasa dia. Bila tarik memang panjang cheese tu masa panas - panas lagi. Roti pun lembut dan tak liat walaupun tebal.
No comments:
Post a Comment